Wednesday 29 June 2011

Pameran Ulang Tahun PTAC Ke-47 2011



Kepada,
Semua Ahli
Kumpulan Seni Lukis Guru-Guru Pulau Pinang



Tuan / Puan,

Pameran Ulang Tahun PTAC Ke-47 2011

Saya bagi pihak Kumpulan Seni Lukis Guru-Guru Pulau Pinang ingin memaklumkan tuan / puan bahawa Tradisi Kumpulan akan diteruskan pada tahun ini iaitu, Pameran Tahunan yang Ke-47. Butiran pameran adalah seperti berikut :

Tarikh                           : 3 – 14 Oktober 2011

Tempat                         : Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang, 
                                      Dewan Sri Pinang

Penyertaan                   : Terbuka kepada semua ahli Kumpulan Seni Lukis
                                      Guru-Guru Pulau Pinang sahaja

Yuran Penyertaan         : RM100.00 setiap peserta ( untuk percetakan katalog, jamuan ringan dan sebagainya )
 Peserta boleh mendapat tajaan sendiri untuk menanggung yuran ini.  Bayaran yuran pameran perlu disertakan bersama Borang Penyertaan.  Bayaran boleh dibuat melalui cek atau wang tunai.

1.    Bayaran cek perlu ditulis atas  nama Kumpulan Seni Lukis Guru-guru Pulau Pinang.
2.  Bayaran wang tunai boleh dibayar kepada AJK kumpulan berikut :
      Cik Teh Ee Ming           : 016-4438744,
 Cik Ong Ah Koy           : 012-4252977,
 Cik Ong Guik Joo         : 017-4979701

Tema                             : Bebas

Saiz                              : Bebas ( Setiap karya mesti siap berbingkai dan
                                      sedia dipamerkan )

Bilangan karya              : Maksimum 2 karya sahaja untuk setiap peserta.

Jenis/media                  : Bebas ( Karya 2 dimensi / 3 dimensi, dengan media catan, fotografi, cetakan, batik,
                                     seni digital, bahan campuran dan sebagainya )

Tarikh Tutup                 : 15 Ogos 2011
 Penyertaan Sila hantarkan borang penyertaan     
berserta dengan sekeping foto karya yang
berwarna ( 4R/5R/CD ) bagi setiap karya yang ingin
dipamerkan ke
     
       Kumpulan Seni Lukis Guru-Guru Pulau Pinang
                                           J-10-5, Lebuh Relau 2,         
                                           Taman Desa Relau,
     11900 Pulau Pinang
        
  Setiap foto yang dihantar mestilah sama dengan karya yang ingin dipamerkan. Sekiranya didapati tidak sama, pihak pengelola berhak tidak mempamerkan karya tersebut.)

Tarikh Hantaran Karya  : 24 – 30 September 2011
   Sebarang  karya yang  lewat  sampai  ke galeri tidak akan dipamerkan. Karya tuan / puan haruslah siap dibingkai dan sedia dipamerkan.

Label Pameran             : Sila isikan dengan maklumat lengkap dan sempurna pada label ‘Pameran Tahunan  
                                     PTAC Ke- 47’ dan lekatkannya di belakang karya tuan / puan.

Komisyen Penjualan      : Komisyen sebanyak 40%  ( 25% dikenakan oleh Balai Seni Lukis Pulau Pinang
Karya                             dan 15%  oleh PTAC ) ke atas setiap karya yang berjaya dijual


2.         Pemilihan karya seni akan dijalankan kerana kekurangan ruang pameran. Pihak pengelola berkuasa tidak menerima karya yang lewat dan karya yang menyentuhi isu-isu sensitif. Hanya karya seni yang dipilih sahaja akan dipamerkan.


3.         Setiap peserta adalah bertanggungjawab atas karya-karya mereka yang dipamerkan di Galeri Pinang, Dewan Sri Pinang. Pihak pengeola tidak akan bertanggungjawab atas sebarang risiko /kerosakan karya peserta sebelum, semasa dan selepas pameran. Karya yang tidak dijual hendaklah dituntut balik dalam tempoh 10 hari selepas tamat pameran.


4.         Pihak pengelola berhak meminda sebarang syarat dan peraturan pameran sekiranya perlu.